Sabtu, 6 Ogos 2011

PENGENALAN PERSATUAN ILMU PERSILATAN SENI GERAK LINCAH ZULFAQAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...Segala Puji bagi Allah S.W.T dan kekasih-Nya Nabi Muhammad S.A.W
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokahttuh...

PENGENALAN PERSATUAN ILMU PERSILATAN SENI GERAK LINCAH ZULFAQAR MALAYSIA(PIPSGLZM)

Sejarah persatuan ilmu persilatan seni gerak lincah zulfaqar ini pada nama asalnya ialah ilmu warisan pusaka wali. Pengasas kepada persilatan ini ialah allahyarham abdullah bugis.Panggilan abdullah bugis kerana arwah berasal dari keturunan bugis dan menetap di kepulauan sulawesi.Arwah merupakan pahlawan perang bugis.Menurut cerita arwah telah behijrah ke tanah melayu pada umur 20 tahun untuk mencari rezeki di tanah melayu.arwah telah berhijrah ke tanah melayu dengan hanya menaiki perahu sahaja.Dalam mencari rezeki untuk meneruskan hidup arwah telah berjumpa dengan seorang gadis yang berketurunan pakistan yg menetap di terengganu.Atas rasa suka sama suka mereka telah berkahwin dn di kurniakan 3 orang cahaya mata 2 lelaki 1 perempuan.Apabila anak-anaknya telah berumur 10 tahun arwh telah memasang niat untuk mengajar ilmu-ilmu tempur kepada anak-anaknya kerana arwah berasa sangat sayangkan anak-anaknya dan tidak mahu anaknya menjadi insan yang lemah.Anak-anaknya telah diajar dengan pelbagai ilmu pertempuran yang berasaskan kebatinan.Anak-anaknya belajar dengan penuh tekun dan bersemangat untuk mempraktik segala ilmu yang telah diajar ayah mereka.Mereka berlatih dan terus berlatih tanpa henti dan memakan masa bertahun tahun.Mereka menamatkan latihan setelah mereka yakin yang mereka mampu untuk bertempur dengan penjahat durjana.
Apabila mereka sudah meningkat dewasa dn masing-masing telah berkerjaya terdetik pada hati anak sulung arwah iaitu ahmad@noh untuk meneruskan ilmu warisan ayahnya.maka ilmu tersebut telah diajar kepada anak-anaknya.Ilmu telah diturunkan scara turun temurun dalam ahli keluarga sahaja maka kebanayakan orang tidak tahu akan wujudnya ilmu ini
Gelanggang pertama dibuka pada tahun 2000 di felda srijaya muar johor.ahli pesilat di johor pada masa itu ialah seramai 20 orang pesilat.Ketua gelanggang ialah cikgu zul manakala pembantunya cikgu wak non dan sekarang menetap di pahang kerana kerjayanya sebagai chef.akhirnya gelanggang tersebut telah dibubarkan kerana tiada siapa yang ingin mewarisi gelanggang tersebut.

GELANGGANG BARU
Gelanggang baru telah ditubuhkan di kedah.penubuhan ini kerana ingin mengekalkan ilmu supaya tidak lupus dek zaman.keahlian kini adalah sebanyak 20 orang ahli.10 orang lapisan pertama telah habis sampai tahap 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan